Kehidupan awal Noor_Neelofa_Mohd_Noor

Beliau dilahirkan sebagai Noor Neelofa binti Mohd Noor pada Jumaat, 10 Februari 1989 Masihi bersamaan 4 Rejab 1409 Hijrah di Pasir Mas, Kelantan dan merupakan anak ketiga daripada sembilan adik-beradik, beliau mempunyai lima adik-beradik berlainan bapa. Bapanya berketurunan Melayu dan ibunya, Noor Kartini Noor Mohamed berdarah peranakan Pakistan dan Arab.[2] Beliau mendapat namanya dari nama "Niloufar" yang bermaksud bunga teratai dan lebih mesra dengan panggilan Lofa oleh kalangan ahli keluarganya.

Beliau memperoleh keputusan lima A dalam UPSR dan kemudian belajar di sekolah menengah di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Langkawi dan mendapat keputusan cemerlang dalam kedua-dua iaitu 8A dalam PMR dan 10A dalam SPM. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda, Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran, Kolej Universiti Sunway (kini Universiti Sunway) di Bandar Sunway, Selangor.

Rujukan

WikiPedia: Noor_Neelofa_Mohd_Noor http://www.agendadaily.com/Hiburan/neelofa-terbit-... http://english.astroawani.com/malaysia-news/neelof... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/hampir-se... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/neelofa-u... http://www.dailyseni.com/v4/neelofa-continues-swee... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.imdb.com/name/nm4871549/ http://izyan.com/2013/12/saya-dengan-caprice-meman... http://malaysiandigest.com/frontpage/29-4-tile/676... http://www.malaysiandigest.com/frontpage/29-4-tile...